Sunday, November 15, 2009

2012

dah lama aku tak update blog ni.maklum la,aku bukan ade laptop sendiri.kat tempat keje pun bukan bukan aku boleh online sangat.kalo ade pc free,baru aku boleh menumpang kasih beronline .

jumaat baru ni aku pergi tengok wayang dengan sayang aku,mimie dan seorang lagi kawan aku.kali ni kami pilih nak tgk 2012.mimie beria2 nak tengok cerita tu.aku pun ikut je.sebelum aku tgk movie ni,aku ada jugak cari2 info pasal movie ni kat internet.aku ada jugak terdengar khabar2 angin yang tahun 2012 adalah tahun di mana dunia akan kiamat.aku jumpa satu website yang siap letak jam countdown lagi menjelang 2012.tapi kite tak boleh percaya sebab takda sapa tau bila kiamat akan datang.

so masa aku nak tengok movie tu,aku menjangkakan kisahnya berkenaan kiamat yang betol2 kiamat di mana berlaku kemusnahan di semua pelusuk dunia termasuk alam semesta.no one will survive.tapi dalam citer ni,siap ada kelompok2 manusia yang selamat dari kemusnahan bumi dan alam semesta.dorang berlindung di dalam bahtera sangat2 besar.lepas berakhirnya kiamat yang dahsyat tu,dorang keluar dari bahtera tu dengan udara baru,dunia baru dan tahun yang baru iaitu 0001.WTH??

tapi movie ni memang best dari segi effect dan diselitkan sedikit humor.aku tak boleh nak citer panjang pasal movie ni sebab aku terlalu banyak berfikir ketika menonton.cuma harap jangan la kita terpesong kepercayaan dan akidah lepas tengok movie ni.aku tak boleh citer byk2 pasal ni.takut tersilap.aku pun tak banyak sangat ilmu dan pengalaman dan info2 kerohanian ni.

Wallahualam...

Firman Allah Subahanallahi Taala bermaksud,
Maka apabila sangkakala ditiup sekali tiup, dan diangkatlah bumi dan gunung-gunung lalu dibenturkan keduanya sekali bentur. Maka pada hari itu terjadilah qiyamat, dan terbelahlah langit, karena pada hari itu langit menjadi lemah. Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu delapan malaikat menjunjung ‘Arasy Tuhanmu di atas (kepala) mereka. Pada hari itu kamu dihadapkan(kepada Tuhanmu), tiada sesuatu pun dari keadaanmu yang tersembunyi (bagi Allah).
(Al-Haaqqah )

Tuesday, November 3, 2009

nok gi oversea...

dah lama dah rancang nak pergi oversea.kali ni pasti jadi.ari ni nak pergi wat passport.teruja sesangat...nok pergi.pejabat belum buka lagi aku dah tunggu depan pintu.semangat punya pasal huhu.....mlm ni kul 9 mlm naik flight.nanti aku balik aku tulis story pulak.k...bye....

Wednesday, October 28, 2009

Bengang

hari ni datang kerja dengan penuh bersemangat. bangun awal,mandi dengan perlahan2.tapi bila sampai kat tempat kerja,belum sempat buat kerja dah kena kena sembur dengan bos.sembur bukan yang sikit2,boleh merah telinga jugak la..
hilang semua mood bagus nak bekerja tadi.mood dah brtukar tension dah.macam mana? mood dah xde.perut lapar.kuar lunch la jawab nya.release tension dulu,harap lepas ni takde yang spoil mood aku dah..
jom makan semua...

Tuesday, October 27, 2009

Bismillah

Dengan lafaz bismillah,saya mulakan blog pertama saya.buat masa ni belum ada apa2 idea atau konsep blog saya ni.memandangkan ni first time saya berblog,harap korang2 boleh member tunjuk ajar pada saya.saya berkeinginan untuk buat blog ni pun sebab tertarik dengan blog insan yang saya sayangi iaitu mimie , so saya ingin mencuba untuk berblog sama..selamat berkenalan semua.

setakat ni saja untuk entry pertama saya

assalamualaikum..

utk diklik.tq

Followers