Sunday, November 15, 2009

2012

dah lama aku tak update blog ni.maklum la,aku bukan ade laptop sendiri.kat tempat keje pun bukan bukan aku boleh online sangat.kalo ade pc free,baru aku boleh menumpang kasih beronline .

jumaat baru ni aku pergi tengok wayang dengan sayang aku,mimie dan seorang lagi kawan aku.kali ni kami pilih nak tgk 2012.mimie beria2 nak tengok cerita tu.aku pun ikut je.sebelum aku tgk movie ni,aku ada jugak cari2 info pasal movie ni kat internet.aku ada jugak terdengar khabar2 angin yang tahun 2012 adalah tahun di mana dunia akan kiamat.aku jumpa satu website yang siap letak jam countdown lagi menjelang 2012.tapi kite tak boleh percaya sebab takda sapa tau bila kiamat akan datang.

so masa aku nak tengok movie tu,aku menjangkakan kisahnya berkenaan kiamat yang betol2 kiamat di mana berlaku kemusnahan di semua pelusuk dunia termasuk alam semesta.no one will survive.tapi dalam citer ni,siap ada kelompok2 manusia yang selamat dari kemusnahan bumi dan alam semesta.dorang berlindung di dalam bahtera sangat2 besar.lepas berakhirnya kiamat yang dahsyat tu,dorang keluar dari bahtera tu dengan udara baru,dunia baru dan tahun yang baru iaitu 0001.WTH??

tapi movie ni memang best dari segi effect dan diselitkan sedikit humor.aku tak boleh nak citer panjang pasal movie ni sebab aku terlalu banyak berfikir ketika menonton.cuma harap jangan la kita terpesong kepercayaan dan akidah lepas tengok movie ni.aku tak boleh citer byk2 pasal ni.takut tersilap.aku pun tak banyak sangat ilmu dan pengalaman dan info2 kerohanian ni.

Wallahualam...

Firman Allah Subahanallahi Taala bermaksud,
Maka apabila sangkakala ditiup sekali tiup, dan diangkatlah bumi dan gunung-gunung lalu dibenturkan keduanya sekali bentur. Maka pada hari itu terjadilah qiyamat, dan terbelahlah langit, karena pada hari itu langit menjadi lemah. Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu delapan malaikat menjunjung ‘Arasy Tuhanmu di atas (kepala) mereka. Pada hari itu kamu dihadapkan(kepada Tuhanmu), tiada sesuatu pun dari keadaanmu yang tersembunyi (bagi Allah).
(Al-Haaqqah )

No comments:

Post a Comment

utk diklik.tq

Followers